Friday 31 October 2014

Dengarkan Hatiku Bicara.

Hari ini, sudah dua hari aku tidak hadir kerja di Bangunan yang berhampiran dengan Bank Islam dan Bank Mbf tersebut, kerana aku kurang sihat dan paling teruk dapat pakej batuk dan selsema.
aku fikir keputusan itu tepat buat aku, kerana aku bekerja di premis makanan dan lebih-lebih lagi para pelanggan yang hadir disana majoritinya dari pegawai mentaliti Gred A dan pastinya kerenah juga Gred A , bercakap dengan mereka juga haruslah Gred A bukan.

pelanggan cerewet itu biasa.


Alhamdulilah, aku sudah lalui exam ku minggu lepas dan paling menyeronokan paper work untuk Marketing strategy telah ku rangka walaupun ianya bukanlah sempurna ataupun cukup deep kerana aku mempunyai maklumat yang sangat sangat terhad mengenai Perniagaan yang Pak cik ku bakal buka nanti. Diharap aku dapatlah peluang untuk menunjukkan potensi diriku.


Aku ingin pelajari sesuatu, o Allah


Namun apa yang ku harap sangat adalah, biarlah Pak cik ku berikan kenaikan gaji buat ku mahupun dia sponsor pengajian ku, kerana sekarang ianya gaji aku teramat terhad, walaupun aku harus bersyukur dan berterima kasih kerana dapat meminjam wang tanpa dikenakan sebarang faedah.

Antara yang aku perlu coupe-in 



Aku antara manusia yang paling beruntung bukan?! namun diriku ini masih punyai banyak kelemahan aku bukanlah seorang yang mempunyai strength untuk bekerja kerana sebelum ini aku hanya berbekalkan air liur dan knowledge, adakah kerana badan ku tak cukup kuat untuk bekerja dengan mengunakan strength?




Bulan 11 nanti, aku seharusnya hadir 20 hari agar aku dapat melunaskan pinjaman yang telah aku lakukan moga Allah beri kekuatan buat aku agar aku, bisa lakukan itu. aku punyai impian, impian setinggi gunung Everest namun dengan dugaan ini aku sentiasa on-off dengan kerja ku, harap Allah berikan kekuatan buat aku.

Aku harap aku lulus exam ku, aku ingin proceed pengajian aku, aku ingin menjadi seorang peguam, aku harus lebih berhati-hati lepas ini, aku sudah mula work smart dengan aplikasikan apa yang Pak Man kata kan pada ku, kena work smart dan aku cuma kena jaga minum dan makan disana al-maklumlah semuanya percuma.

Aku tahu,jika aku terus bekerja dengan Pak Man ada sesuatu yang bakal ku pelajari ,lihat sahaja anak sulung Pak Man, dengan usia yang sebegitu muda mempunyai visi dan misi yang jelas.

O Allah, aku tidak minta banyak aku harap aku mampu menyambung pengajian ku.
Aku ingin ke Parlimen sebagai Wakil Rakyat.  satu hari nanti
Aku harap aku mampu lakukan itu.

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome