Monday 29 December 2014

Blessing in disguise

Saat aku memulakan entri terbaharu, ini saat ini juga aku telah berhenti bekerja berkhidmat di Restoran Cikman yang terletak berhampiran dengan Bank Islam dan Bangunan Mbf, adakah aku telah buat kesilapan dengan berhenti kerja?

Kerna aku percaya, Cikman dan anak sulung Cikman iaitu Aliff mereka memang memasang cita-cita agar aku membantu mereka membentuk rantaian makanan yang baharu untuk memajukan "Rumah Makan' yang bakal dibuka beberapa minggu lagi dari sekarang.

Aku tersangat pasti mengenai potensi 'Rumah Makan' yang bakal dibuka pasti  akan mendapat sambutan.Bekerja di bawah payung 'Sentiosa Jaya F and B' bukan nama sebenar merupakan pengalaman yang tidak mudah aku lupa.

Kebaikan Auntie Wan juga aku akan kenang sehingga akhir hayat ku, mungkin cara aku berhenti begini telah melukakan hati auntie wan, namun aku tidak punya option lain aku tidak ingin menagis dihapan mereka.

Aku lakukan semua ini, kerana abah. . .  aku tahu abah tidak boleh melakukan kerja beliau seorang diri, abah juga perlukan teman untuk berborak dan meluahkan kasih sayang, aku tahu aku tidak punya wang ringgit, apa yang aku ada untuk berbakti kepada ibu dan abah hanyalah tenaga 4 kerat yang ada ini. Ibu bakal kembali ke 'Kingdom of Saudi' tahun hadapan, dan aku perlu pikul tanggungjawab ini sebagai anak sulung untuk menguruskan keluarga  terutamanya abah.

2014 Tahun Yang Penuh Pengajaran

Beberapa, hari sahaja kita semua bakal meninggalkan tahun 2014, secara peribadi aku fikir tahun ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang mana aku boleh katakan tahun ini banyak mengubah sudut pandangan ku mengenai kehidupan, tahun ini sangat-sangat menguji ku.

Aku pasti tahun ini bukan sahaja mencabar buat aku dan keluarga ku namun buat negara tanah tumpahnya darahku ,kita kehilangan dua pesawat MAS dalam dua tragedi tragis dan ianya menyebabkan MAS kerugian sehinggakan memerlukan Khazanah Nasional yang boleh mengunakan taxpayer money mengambil alih tampuk pentadbiran MAS yang sedang bergoncang.

Itu bukan, apa yang aku ingin katakan bukan juga mengenai Pesawat AirAsia yang telah hilang, apa yang membuatkan hati ku terdetik untuk meneruskan entri ini aku telah melihat airmata ibu mengalir kerana memikirkan wang ringgit untuk aku dalam mendapatkan LLB secara 'independent' dan adik ku yang bakal memasuki Unisel Pada 11 Januari nanti.

Ibu, memberikan kata-katanya yang dia akan memastikan adik ku dan aku menyambung pengajian, sedangkan ibu juga akan pergi berangkat ke Kingdom of Saudi pada 11 januari nanti, aku pasti ianya adalah permulaan yang baik buat Keluarga ku yang diduga bertubi-tubi, dan apa yang diharapkan dari sudut kecil hatiku, adik-adik ku mempelajari sesuatu dari musibah ini.

Terutama, adik ku yang akan memasuki Unisel itu, aku takut dia masih dengan tabiat yang memandang enteng dengan pendidikan, aku faham niat baik untuk mendapatkan diploma, diharap setelah dia bekerja dan menghadapi kesukaran dia memahami bahawa, tidak semua orang akan menghormati kita jika kita tidak punyai apa-apa untuk ditawarkan kepada manusia.

2014 juga mengajar aku agar tidak mengharap orang akan membantu kita, kerana sesungguhnya hanya kita dan ahli keluarga sahaja yang akan membantu waktu jerih mahupun perih,


Bila sahaja abah sakit, aku lihat ada sesetengah telah ubah cara mereka memandang keluarga ku dan penghormatan yang diberikan dahulu hanyalah kerana abah ku seorang Law Lord, aku tahu ibu sering kali menagis melihat sang suami, aku pasti ibu juga telah mempelajari jangan pandang rendah terhadap Ringgit Malaysia yang dibelanjakan dan dipinjam melalui institusi kewangan.

 Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan Cubicle 3

Rabu lepas aku baru sahaja menemani ibu pergi ke Kompleks Mahkamah yang berdiri gah di Jalan Duta , aku melihat ibu ketakutan bila sahaja kami menginjak kan kaki disana dengan melihat  lelaki mahupun wanita yang memakai sut berwarna hitam dengan bunyi tapak kasut apabila mereka berjalan.

Bohong jika aku tak sedih melihat mereka yang memakai sut hitam, dengan kasut kulit dan mewakili client mereka, bila melihat diriku aku hanyalah lay people yang tidak ada recognition dari mana mana institusi.

Namun ianya adalah blessing in disguise aku dapat mewakili ibu walaupun aku boleh katakan bahawa Plaintif menyerang ibu dengan teknikal dan meminta penghakiman engkar terhadap ibu kerana tidak menfailkan  Memorandum of Appearance, namun Merittable Account ada buat ku.

tak mahu bercerita panjang, aku pasti yang ibu sudah memahami ianya pengajaran yang cukup baik agar lebih berhati-hati berurusan dengan Institusi kewangan kerana mereka mempunyai legal armoury.

Aku pasti, selepas ini keluarga kami akan bangkit.




Kenapa aku Berhenti Awal dari Kedai CikMan ?


Aku sering memikirkan keadaan kakak sepupu ku, yang mempunyai tiga orang anak dan aku mengerti bahawa dia memerlukan pekerjaan, yang mengharungi pelbagai masalah yang aku dengari dari ibu  dan ternyata rencana ku berhenti secara mengejut membuatkan CikMan perlu mencari seseorang yang amanah dalam masa yang sesegera mungkin,


Kakak Saudara ku adalah calon yang paling tepat, aku tahu Auntie Wan dan terutamanya adik sepupu ku merasa kecewa dengan tindakan ku, namun aku pasti ini adalah yang terbaik. . setiap saat aku di Kedai tersebut menyimpan 1001 kenangan pahit manis yang pasti aku akan toleh kerana pengalaman sebegitu tidak semua orang bisa rasai iaitu melihat Officer Grade A bersama makanan dan minuman dan ada kalanya mereka seperti kanak-kanak kecil . . .  atotototo , namun apa yang penting aku telah pelajari karakter penting CikMan iaitu Burning desire dan cara beliau membina kehidupan beliau secara tuntas.

Akhir kata dari ku, 2014 bakal ditinggalkan 2015 adalah tahun yang akan memberi aku lebih kepuasan dalam setiap yang aku lakukan, aku ingin jadi yang terbaik untuk segala perkara.. jauh disudut hatiku aku mengharapkan Allah akan memberikan buah yang manis setelah aku menerima duri-duri yang tidak pernah aku bayangkan, aku tidak ingin menjadi orang yang biasa-biasa aku mahu jadi orang yang luar biasa. amin 

oh dan tidak lupa juga, Akan mereka yang pernah membantu ku , aku tidak akan menjadi individu yang lupa pada budi dan aku akan mengimplikasikan sifat resmi padi, semakin berisi semakin tunduk .
Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome