Sunday 21 September 2014

MRR2 , Ibu dan Full Tank

Apabila bercerita mengenai Lebuhraya MRR2 pasti kita akan memikirkan keadaan jalan yang sesak , Laluan utama untuk ke Pantai Timur dan disitu juga merupakan kediaman sementara Fuu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan oleh Kerajaan China atas dasar persahabatan Malaysia China, Saat aku menuliskan penceritaan didalam diari virtual ku  saat ini aku baru sahaja menghantar ibu ke tempat kerja baharu ibu, Malam ini ibu bekerja shif malam dan esok jam tiga petang adik ku yang berumur 20 tahun akan menjemput ibu pulang.


Si Dia selalu ingin ke Zoo Negara.


Setibanya, aku dirumah bersama adik perempuan ku dan adik ku yang berumur 20 tahun, ibu yang berada di Batu Caves menelefon ku bertanya akan keadaan rumah dan suami tercinta,'. . . abah dah tidur ibu dan abah juga sudah makan ubat, ibu jangan risau rumah, adik-adik dan abah akan Asraf jenguk kan. . .' . Sepanjang melalui MRR2 aku menekan pedal minyak dengan perlahan agar ku merasai setiap saat yang ku rasakan aku mula sendu sedan melihat  ibu bekerja di waktu malam meninggalkan adik bongsu ku dan abah, namun aku harus terus tabah dan kelihataan biasa terutamanya buat adik perempuan ku dan adik bongsu ku jika aku lemah bagaimana pula dengan mereka ?!

Agaknya bilakah?


Minyak kereta Sentra telah ibu isi Full Tank kerana khuatir akan kami dan disitu juga aku boleh lihat kasih sayang seorang ibu, yang tidak ingin anaknya merasa susah, hebat bukan kasih sayang seorang ibu ?! Bila teringat kembali, ibu ada mencerita akan mengenai kereta mewah yang perlu kami simpan kerana financial constraint, dan ibu bercerita bahawa betapa biadapnya Repossesor mahupun Pihak Bank yang menuntut kereta mewah dambaan umat Melayu yang bertunggakan segera dibayar jika tidak mereka akan ke rumah untuk mengambil kenderaan mewah tersebut .


Kehidupan hanya mengenali Wang Ringgit


Ya, aku tidak ingin beremosi dan aku juga terkesan apabila ada sahaja mereka yang biadap dengan kedua ibu bapa aku, namun aku fikir penting bagi aku yang mempunyai pendidikan lebiih lebih lagi aku yang masih bergelar Pelajar Jurusan Undang-Undang serta abang sulung kepada adik-adik ku penting bagi ku menceritakan bahawa ini adalah sebahagian dari kehidupan jika kita memandang ringan dalam kehidupan maka perkara-perkara begini akan berlaku, segala perlakuan yang menyebabkan kes polis harus dielakan.




Aku berharap, dengan sikap Repossesor mahupun pihak Bank yang biadap terhadap ibu akan membuatkan hati ibu terbuka bahawa kebahagiaan mahupun kegembiraan tidak datang dari barangan mewah, kebahagian itu hadir apabila setiap dari ahli keluarga itu makan bersama berkongsi cerita bersama, dan saling melindungi kewangaan keluarga kerana jika kewangan keluarga UpsideDown pastinya ianya akan menambah duga dalam institusi kekeluargaan.

Bukan itu sahaja kereta MPV milik keluarga ku juga telah diambil oleh pihak Bank, namun aku tidak ingin menunding jari pada sesiapa kerana ianya tidak dapat menyelesaikan masalah, aku sedih melihat abah, yang dalam recovering process terpaksa melihat dua pemandangan ini. Masalah ini tidak akan berulang jika setiap dari ahli keluarga aku audit diri masing-masing dan menyesali apa yang berlaku dan apabila kita kesali dengan apa yang berlaku pasti akan ada kesedaran.

Aku kecewa dengan adik ku yang berumur 20 tahun itu, bila kah dia akan megenali apakah itu erti tanggungjawab? tidak kah dia merasa kan bahawa ibu mengisi minyak Full Tank untuk memastikan hari yang bakal dilalui esok tidak dicemari?? entahlah beliau keluar rumah pada waktu begini, aku harap dia akan capai kesedaran dan tidak mencipta sebarang masalah tidak mengambil kesempatan didalam kesempitan, bertanggungjawab terhadap keluarga dan yang paling penting bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri.

Hidup juga mengenai Tanggungjawab, bukan ?!


Aku pula, berharap sangat aku akan dapat tamatkan pengajian LLB ( Lond ) ku, aku  begitu pasti hanya ilmu yang akan menaikan martabat ku bukan wang ringgit ,kerana wang ringgit boleh hilang dan habis tidak untuk bahagian ilmu.

Apa yang berlaku pada diri ku ?


 Exam 21 Oktober depan dan Lulus itu sahaja tonik buat aku untuk bangun pagi

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome