Tuesday 16 September 2014

Hari Malaysia ,Lee Kuan Yew dan Negeri Negeri Selat

EDISI AKADEMIK


Pembangkang juga sebahagian dari Konsep Demokrasi ada yang baik dan yang sebaliknya,
jadi Ilmu itu penting bukan ?

16 September 2008 ,pada tahun tersebut baru aku mengerti bahawa selepas sambutan kemerdekaan pada 31.Ogos.1957 ada lagi satu lagi tarikh keramat dan sepatutnya diadakan semeriah mahupun segah sambutan Kemerdekaan, ini hanya pandangan peribadi ku jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mencanangkan mengenai tarikh tersebut mungkin hari ini kita semua tidak dapat cuti umum dan sambutan hari Malaysia di Sabah dan Sarawakmungkin tidak semeriah hari ini, aku tidak ingin mengupas ini dengan lebih dalam nanti takut diseleweng oleh pihak tertentu dan terkena seperti Professor Azmi Sharom yang mengunakan Right for Fair Comment yang terkena badi politik melampau dalam negara ini. Bagi aku cukuplah sekadar ambil tahu dan tidak perlu kita menunjukkan warna politik kepada semua orang kerana bagi aku rakyat kita masih belum cukup gentlemen untuk menerima pandangan yang berbeza dan tidak arif  meluahkan rasa mahupun freedom of expression dengan baik.

Tahukah, anda hari ini merupakan tarikh lahir Encik Lee Kuan Yew yang ke 91 iaitu tarikh yang sama dengan tarikh keramat penubuhan sebuah negara bangsa Malaysia, tidak ramai yang mengerti ketika itu Singapura ingin menjadi sebahagian dari Malaysia oleh kerana ketika itu pengaruh parti komunis agak menular dan antara cara yang terbaik untuk membantutkan pengaruh di komunis saat itu adalah membenarkan Singapura be part of Malaysia.

Namun bekas Negeri-Negeri Selat itu telah keluar dari Malaysia pada tahun 1965. . . .


Benarkah En. Lee Kuan Yew tidak ingin Singapura keluar Malaysia ?

Apabila bercerita mengenai Singapura dan Encik Lee Kuan Yew aku asyik teringat akan Negeri Negeri Selat dan Negeri Negeri Selat terbahagi kepada tiga negeri iaitu :

Yang Dahulunya menjadi Sebahagian Dari Johore



Individu yang berjaya memecahkan pentabiran diatas Krisis perebutan Takhta


Pulau Pinang dahulunya sebahagian dari Negeri Kedah


Francis Light yang banyak menanam tebu di tepi bibir terhadap Tengku Abdullah


Parameswara yang lari dari Temasik mencipta sejarah tersendiri


Bila sebut mengenai Melaka aku teringat akan beliau
Dato Seri Ali Rustam yang banyak memberikan sumbangan di Negeri bertuah itu


Dan aku teringat akan perjuangan di Bukit Katil, keputusan yang mengejutkan bagi aku ketika itu
Aku rasa bertuah dilahirkan dan menjadi anak Malaysia, bagi aku mana-mana pemimpin yang dipilih oleh rakyat seharusnya mereka perlu  mengutamakan 'rakyat' dan bukan 'rakyat'  serta memelihara negara dan kemakmuran yang telah kita capai sejak 57 tahun yang lalu.

Aku percaya banyak lagi kejayaan yang bakal kita dakapi bersama.

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome