Sunday 7 September 2014

Minggu yang penuh dengan persoalan

Aku cuba untuk tidak update diari virtual ku, kerana aku ingin fokus dengan kehidupan aku, namun rasa agak mustahil kerana bermacam perkara yang aku harus rekod kan agar ini menjadi daya tolakan untuk aku memandang  terus ke hadapan.

Jumaat lepas, ketika aku sedang ingin ke bilik air dengan tiba-tiba sahaja aku rasa mula pitam, dan pengsan nasib baik adik ku yang sedang bekerja berada berdekatan bergegas ke rumah selepas bibik menelefon, aku dibawah ke klinik berdekatan dan doktor mengambil darah ku dan akhirnya doktor mengatakan bahawa aku hidrasi .

sehingga kini aku masih dihantui dengan persoalan, bagaimana aku bisa hidrasi?!

Fast Forward terus ke hari Sabtu aku keluar, bersama si dia setelah si dia menghantar pay slip  untuk merealisasikan impian untuk memiliki kereta pertama perodua axia aku boleh nampak kegembiraan di mata dia saat kami berbicara  mengenai kereta pertama yang bakal didakapi.

Namun, disebalik  penceritaan dia mengenai kereta terselit rasa dihati bahawa dia tidak suka kan dengan sikap ku yang overly protecting ,malahan dia juga ada menceritakan mengenai bekas kekasih dia, dan tanggapan dia mengenai lelaki dan perjalanan si dia mencari bekas kekasih yang hilang dan rasa sayang untuk bekas kekasih nya masih ada.

Persoalan sekali lagi bermain diminda ku? apakah si dia bukan sang pendamping buat ku ?

sekali lagi, aku rasa aku kenali akan rasa yang sedang menyelubungi tubuh ku bila sahaja aku dengar kata kata yang keluar dari mulut si dia, aku cuma berharap hati ku yang malang, teruskan bertahan jangan kau hilang.

Berkali-kali si dia mengatakan pada ku jika dia tiada lagi bersama ku adakah aku akan memecahkan kejayaan yang mula kelihatan dan mula tersusun rapi ? sehingga kini sebenarnya aku masih terkesima dengan kata kata dan persoalan dia .

Bila menemani si dia, mencari hadiah perkahwinan buat teman rapat si dia yang bakal mendirikan rumah tangga di Subang Jaya, sekali lagi aku mula melihat dunia yang semakin menakutkan dengan House Appliance yang semakin mahal , mampukah aku membina keluarga jika pendapatan ku hanya sekadar 2000- 3000 MYR ?!

Bermacam persoalan bermain difikiran ku sekali lagi .
kenapa hati ku ini sentiasa dirumpun malang, adakah aku cinta sendirian?!
aku gembira melihat si dia tersenyum dan berbicara, sesungguhnya  kebahagiaan ku melihat dia gembira. Ingin nikahi si dia tahun hadapan inshallah.

bagi aku, aku perlu fokus dengan apa yang aku lakukan sekarang bekerja dengan amanah,belajar dengan penuh rasa cinta dan tanggungjawab. . . . . kejayaan, bakal ku hidu aku ingin  menjadi seorang peguam terkemuka dan mana tahu aku bakal dapat ruang untuk menjadi orang politik dan seterusnya membentuk kerajaan dan mendapat majoriti satu per tiga di Dewan Rakyat kelak. namun ketika ini aku disini :p

#Moga demam ini kebah segera agar aku boleh bekerja dan belajar.


No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome