Wednesday 27 August 2014

Masa Depan yang bagaimanakah yang bakal aku hadapi?

Mengusahakan premis makanan, merupakan sesuatu perkara yang menyeronokan kerana ianya satu-satunya perkhidmatan yang mampu membuatkan orang datang dan pulang dengan gembira kerana perut kenyang.
Semalam merupakan hari yang baik buat aku walaupun aku agak merundum selepas jam 3 petang kerana terlalu penat melihat Ringgit Malaysia bermula dari jam 7.40 pagi lagi.

Aku tidak bekerja harini, kerana aku terasa emosi ku begitu terluka dengan sikap ibu, yang masih lagi memikirkan dirinya ya dirinya walaupun setelah abah jatuh sakit kerana berjauhan dengan sang isteri yang bekerja di Saudi Arabia, terus terang bagiku aku sedikit pun tidak punya niat untuk mengungkit perkara ini kerana ianya telah pun terjadi.

Namun, aku masih berfikir adakah ibu sudah mula audit dirinya setelah apa yang berlaku?? kini ibu buat keputusan untuk bekerja di sebuah rumah sakit berdekatan Batu Cave
 , kerana tawaran gaji yang agak tinggi dan kesanya ibu perlu duduk di Hostel yang disediakan disana ?? hati kecilku berkata adakah ibu lupa akan adik adik ku yang bakal menduduki SPM dan UPSR tahun ini ? mereka dalam fasa mengenali dunia dan memerlukan seorang ibu untuk memberi tunjuk ajar ??

Ibu, sekali lagi meletakan kesemua responsibility itu sekali lagi di bahu aku? ya dibahu seorang anak lelaki yang berumur 24 tahun yang masih mengejar cita-citanya dan mempunyai kehidupanya sendiri? aku sudah terlalu penat, setelah turun naik dengan abah ke johor selama 3 bulan, menjadi ibu kepada adik adik ku setelah ibu mencari duit di Saudi.

Namun kali ini, aku tidak boleh memegang amanah itu sekali lagi, kerana kini aku bekerja di Premis Makanan di waktu siang dan di waktu malamnya pula aku akan mentelaah pelajaran ku, jika ibu pergi ke sana sekali lagi aku pasti abah mahu aku menemani beliau bila tidur, dan begitu juga adik bongsu ku... apakah aku tiada ruang untuk diriku ya ALLAH!

Aku kecewa dengan sikap ibu, adakah beliau hanya mementingkan duit? tidak kah dia ingin melihat anak gadis dan anak bongsu beliau membesar ?? dan melihat adik-adik ku yang masih mentah? sudah semestinya aku tidak ada ruang untuk itu kerana komitmen kerja dan belajar.

Aku tidak kuat Ya Allah, aku punya cita-cita ya Allah! aku risau mengenai adik-adik ku masa depan mereka yang bagaimana menanti buat merekea?

Keluarga ini sudah mula retak , dan rekahan itu semakin besar kerana sikap ibu yang tidak mendengar nasihat abah sejak dari dulu lagi kini abah tidak seperti dulu aku rindui abah teman rapatku, pembakar semangat ku,pemimpin dan idola ku

jam 10 pagi nanti abah bakal menerima anugerah cemerlang dari tripartite public function yang sentiasa berasingan dari dua badan Dewan Rakyat dan Putrajaya. Namun adakah anugerah itu patut aku banggakan setelah abah sakit ??

Ibu,kekayaan tidak datang bergolek ibu kekayaan boleh dirasai dengan nikmat menyimpan dan bukan nikmat  meminjam, adakah aku patut berhenti belajar? kerana sikap ibu yang masih tidak berubah? persetankan barangan bangsawan kerana ianya pusat kerosakan.          

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome