Monday 8 September 2014

Menteri Besar Selangor, Solat dan Self-Hijacking

EDISI TIDAK HADIR KERJA


Pagi tadi, puas aku memicit micit telefon bimbitku untuk beritahu Auntie Wan bahawa aku masih tidak cukup fit untuk bekerja hari ini, kadang aku rasa cukup segan dengan Auntie Wan kerana hampir tiap minggu ada satu hari yang aku tidak hadirkan diri adakah ini suratan atau kebetulan?!

Auntie Wan mengingatkan aku pada Kak Aida, Auntie Wan seorang yang baik tegas dan sangat concern mengenai pendidikan aku selama sebulan aku menjadi staff di premis perniagaan, beliau, sentiasa mengingatkan aku untuk fokus belajar dan belajar itu penting, itulah silap aku juga.
Mungkin kadang ketika solat aku lupa untuk selitkan doa supaya tubuh badan ku sihat agar dapat bekerja dengan baik,Jumaat itu mungkin kerana overhauled satu malam aku mentelaah pelajaran ku kesannya sehingga harini aku rasa agak penat.

Aku harap minggu depan aku akan hadir lima hari seminggu bekerja dan stigma majikan itu penting bukan? aku baru sahaja reschedule jadual aku agar aku tidak melakukan kesilapan jumaat lalu, lepas ini jam 11 sahaja aku terus tutup buku dan masuk tidur.

Minggu ini, aku akan berurusan dengan pihak Bank untuk mengeluarkan Bank Draf atas nama Ketua Pengarah Peperiksaan, Ya Allah Kau permudahkanlah segalanya buat aku jangan kau temukan aku dengan rasa kecewa.

Sekali lagi, aku terhutang budi dengan Auntie Wan kerana beliau mengizinkan aku mendapatkan gaji advance agar aku boleh mendaftar peperiksaan LLB (Lond)  hons. 2010 dan kini aku adalah pelajar jurusan Undang-Undang yang berbeda, inshallaah dengan belas ihsan Auntie Wan aku akan amanah dengan tanggungjawab ku bila bekerja nanti.

sekadar ilustrasi


Duduk dirumah, ini aku berkali dimainkan dengan headlines mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, bagi aku mereka yang memenangi majoriti Dewan Undangan Negeri terpulang kepada aktor politik itu sendiri untuk mencalonkan siapa yang berhak menerajui tampuk pentadbiran Negeri, its not a big deal , bukan? politik politik juga, kehidupan harus diteruskan orang politik akan terus bermain musik politik mereka sehingga habis batteri, lebih lebih lagi waktu Pilihan Raya ikan dalam sungai pun mereka bagi makan untuk dapatkan undi.


Ikan dalam sungai


Namun ada baiknya,juga ada persaingan dalam politik kerana akhirnya rakyat juga yang mendapat manfaat dari aksi persaingan merebut kepercayaan rakyat.. Aku berminat dengan politik namun politik yang terlalu membuak-membuak akan membuatkan kita lupa tanggungjawab kita sebagai manusia.

general rule of Politics


Seketika aku melepaskan kepenatan aku menyelak helaian nota ku, aku terasa sedih lebih lebih lagi apabila melihat rakan-rakan seperjuanganku sudah mula bekerja dengan ijazah yang mereka miliki, aku rasa segan dengan mereka namun aku pasti kejayaan dan rezeki ku berbeza dengan mereka, jika Allah kehendaki seseorang itu maka Kun Fayakun   seperti kisah Tan Sri Syed Al-Bulkhary, memang  aku cukup terinspirasi dengan kisah tersebut.


Kun Fa Ya Kun.

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome