Thursday 21 August 2014

Berat ujian dariMu, Ku Pasrahkan segalanya .

Awal pagi tadi lebih kurang jam 4 pagi aku dikejutkan oleh adik perempuan ku, memanggil ku  untuk ke bilik abah kerana abah sekali lagi diserang sawan, aku sudah seperti lali dengan keadaan ini malam semalam sebelum abah masuk tidur dia kelihatan excited bercerita mengenai judgement,law dan authority yang pernah beliau aplikasikan yang paling aku rindui adalah nasihat beliau yang hampir 8 bulan aku tidak dengari dan hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu, melihat abah dan nasihat beliau mengenai kehidupan yang aku sangat sangat perlu disaat duka ini.

Namun,gembiranya aku hanya sementara.. melihat keadaan abah sebegitu pagi tadi sudah cukup merobek robek semangat ku, aku tidak mampu harungi dunia tanpa beliau, namun aku harus kembali ke realiti sebenarnya sudah lebih 8 bulan aku tanpa abah.

Aku harus,membimbing diriku dan membawa hidup ku dengan baik, mungkin kecewanya aku tidak dapat tamatkan tahun akhir  membuatkan semangat ku berkecai ,namun entri kali ini mengenai ibu. Ya ibu yang aku sayangi dan aku hormati, aku masih tidak faham kenapa ibu masih tidak audit dirinya walaupun sudah 8 bulan abah tidak seperti dahulu.

nantikan sahaja Bank mendapatkan perintah mahkamah untuk menarik kereta mewah dambaan anak bangsawan, apa yang penting bagi ku walaupun kehilangan kereta mewah namun ibu masih ada kami anak-anak dan rumah yang kami duduki ini.

Dengan ibu yang tidak bekerja dan hanya mengharapkan gaji abah tidak mampu untuk membiayai kereta mewah dambaan anak bangsawan, teringat aku saat sebelum abah buat keputusan untuk mengikut keputusan ibu beli kereta mewah, abah pernah meluahkan perasaan tidak selesa beliau mengenai kereta mewah,abah tidak pun inginkan memiliki kereta mewah dan gaji yang diterima itu boleh buat simpanan boleh digunakan untuk perkara lain.

Aku tak faham apa yang ibu fikir? apakah perlu bermewah-mewah ?  aku perlu belajar dari sikap ini bila berkeluarga kelak aku hanya ingin hidup bersederhana dan akan memastikan sang isteri mengenali sikap ku yang suka kan kesederhanaan, apa yang penting aku harus persetankan apa sahaja yang orang ingin kata kan mengenai ku nanti, aku hanya ingin moderate walaupun sebesar mana pendapatan ku nanti.


Kita selalu mengharapkan orang untuk membantu kita namun sebenarnya hanya kita sahaja yang boleh membantu diri kita, aku yakin dengan  pendidikan sahaja mampu mengubah nasibku dan aku tidak ingin mengharapkan belas kasihan orang lain.

Masa sahaja yang jadi penghalang buat aku ketika ini, aku ingin melakar dunia melindungi adik-adiku, mengahwini si dia yang berada di Petaling Jaya Selatan ,membalas budi mereka mereka yang pernah membantu orang tua ku  namun ketika ini aku mengusahakan premis makanan dan itu cukup membuatkan aku kenali wajah sebenar dunia.


No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome