Thursday 14 August 2014

Kita yang mencorakan kehidupan kita yang bagaimana

Aku telah menolak tawaran bekerja di Utara tanah air, kerana aku tidak ingin berjauhan dengan ahli keluarga ku, adakah itu keputusan yang tepat? jadi dengan erti kata lain kini aku memilih untuk bekerja di Restaurant pak cik aku sebagai juruwang, mengemas pinggan dan cawan dengan trolley yang disediakan , mengelap meja makan, mengutip sisa makanan, membuang sampah itu adalah rutin kerja yang aku lakukan sekarang ini.

Anak seorang Law Lords, melakukan kerja sedemikian , aku seorang pelajar jurusan undang-undang yang ingin meneruskan pengajian ku walau seperih mana perjalanan itu, namun aku bersyukur Allah membuka mata dan hati pak cik dan auntie wan aku untuk menerima aku bekerja sekurang-kurangnya duit itu tidak putus aku bersyukur kerana ketika ini aku tidak perlu risaukan pengajian aku dan yuran pengajian ku.

Restaurant itu berdekatan dengan station Raja Chulan dan membelakangi menara Bank Islam ,Station Raja Chulan menjadi saksi bahawa aku sedang gigih untuk mengubah nasib dan hidup ku, kehidupan sebegini tidak pernah aku rencanakan tidak pernah terdetik dihati ini. Setiap kali bekerja aku hanya berikan senyuman ikhlas kepada setiap pelanggan yang ingin menjamu selera.


pekerjaan ini akan membuatkan ku  beringat agak tidak mempunyai sikap,riak,sombong sebusuk sisa makanan yang ditinggalkan
aku akan bekerja dengan amanah inshallah, kerana perkara yang berat itu adalah amanah itu sendiri.



Multi-Tasking itu perlu bila bekerja di Restaurant.


Sekali lagi aku berterusan terinspirasi, dengan kerja ku ini mana mungkin masyarakat akan menghormati ku , mana mungkin masyarakat akan melihat ku, mana mungkin masyarakat sedari bahawa lelaki yang baru sahaja bekerja disitu, yang melayani mereka merupakan seorang pelajar jurusan undang-undang dan anak kpd seorang 'Law Lord' atau mungkin former 'Law Lord' apakah aku perlu tangisi akan keadaan yang Allah cipta khas buat aku? adakah aku perlu menyerah kalah dengan ujian ini?







Surau di Basement Parking bangunan tersebut menjadi teman ku setiap kali tibanya waktu zohor dan asar agar aku diberikan kekuatan meneruskan cita-cita ku, yang membuatkan aku bersemangat aku ingin berusaha sehabis mungkin untuk bergelar seorang Peguam Alhamdulilah, keputusan peperiksaan aku mampu memberikan suntikan semangat walaupun banyak perkara yang aku perlu perbaiki.

Hanyalah NamaMu ya Allah, redha kan aku dalam rantaian redha mu 


Bila difikirkan aku tidak ada pilihan lain, namun ketika ini aku bersyukur ke hadrat ilahi Allah membuka hati pak cik dan auntie wan untuk menerima aku mengusahakan premis makanan mereka dan aku berterima kasih auntie wan mengizinkan aku untuk mendapatkan advance gaji untuk membiayai pengajian ku.

Dengan kebaikan, auntie wan inshallah aku akan membantu adik saudara ku untuk mengenali kehidupan dengan erti kata lain memberikan nasihat yang sejujur dan seikhlas mungkin kerana aku dapat melihat adik saudara ku akan menjadi seseorang yang dihormati .

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome