Friday 8 August 2014

Istikharah Cinta

Sebut NamaMu, terukir merdu aku kini bukan berkhidmat lagi buat town council, sementara menanti untuk mengambil surat tawaran bekerja disebuah organisasi percetakan terulung di Malaysia aku kini bekerja untuk pak cik saudara aku, alhamdulilah sekurang-kurangnya duit gaji aku tidak putus untuk sambung pelajaran aku bulan September nanti inshallah.

Bekerja di ibu kota sekali lagi, alhamdulilah mudah untuk aku merancang perjalanan aku namun aku harus utamakan bagaimana aku boleh menjimatkan duit perbelanjaan aku kerana aku tidak ingin membebani ibu, yang memikirkan bermacam macam masalah termasuklah memikirkan mengenai kesihatan abah yang semakin merosot dan abah yang aku kenali dahulu dan kini, sangat sangat berbeza.

Meruntun jiwa aku apabila, abah menjerit kepada aku sebentar tadi, dengan keadaan personaliti beliau yang sangat berbeza dengan karakter beliau kini yang agak 'hostile' bertanyakan mengenai financial keluarga dan gaji beliau, kerana beliau baru sahaja menjawab panggilan dari bank bertanyakan mengenai tunggakan ansuram kenderaan.

kenderaan mewah milik anak bangsawan
Teriakan abah itu aku sedikit pun tidak ambil hati, namun kesedihan itu lebih terarah kepada ibu, aku harap ibu mampu lalui ini semua dengan tabah, ibu kekuataan buat aku kini, keluarga aku kini tidak seperti dahulu lagi, aku sebagai anak sulung turut merasai bebanan dan tekanan ini.


Kenderaan merupakan liabiliti ,biar pape asal bergaya harus dipupuskan.

Bila abah sakit dan tidak seperti dahulu, hati aku berkecamuk kerana abah merupakan pemimpin dan motivator buat aku kini saat saat begitu tiada lagi, aku sendirian harus memimpin diri aku , kerja dengan pak cik saudara aku itu lah sahaja pilihan buat aku yang harus aku guna sebaik mungkin kerana aku ingin menyambung pengajian aku dan mendapatkan pengiktirafan, Ya Allah aku tidak tahu masa hadapan yang bagaimanakah yang Engkau rencana kan buat aku. Ya Allah engkau naikkanlah martabat aku keluarga aku dan jauhkanlah aku dari rasa kecewa dan malas ya Allah ! .


gambar sekadar hiasan




Baru bekerja empat hari dan hari ini aku tidak hadir bekerja, aku tidak menceritakan sedikit pun mengenai hal ini petang semalam aku disamun, habis duit poket didalam dompet aku gara-gara disamun namun aku berterima kasih kepada Allah kerana hanya duit aku sahaja diambil bukan handphone, kerana melihat kelibat polis bantuan di sekitar Low Yatt, yang harus dipersalahkan adalah aku sendiri, kerana buat keputusan untuk berjalan untuk menjimatkan duit pengangkutan aku.

tidak ada kena mengena dalam entri ini



Samun jalanan, Malang tidak berbau .

Alhamdulilah, petang semalam duit syiling pemberian saudara dan adik saudara aku mencukupi untuk aku menaiki bas. Aku harus kuatkan semangat aku. Aku tidak hadir bekerja hari ini kerana aku agak trauma dan sedang memikirkan bagaimana harus aku mencari duit untuk aku menaiki public transport.

Mempertimbangkan untuk memansuhkan pinjaman ASB bulanan aku.


No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome