Wednesday 23 July 2014

Joko Widodo, Malaysia dan Asia Tenggara

Joko Widodo won the Presidential Election, itu antara berita yang kita telah ketahui dengan kemenangan sebanyak 53.2 peratus , Seorang Gabenor Jakarta yang selalu mendapat liputan meluas oleh Media Tempatan dan beliau sering dilihat sebagai 'a working governor' dan kini Joko Widodo adalah Presiden Indonesia yang baharu .

Antara yang menarik perhatian aku dan tahniah Rakyat Indonesia



Namun disebalik penarikan diri Prabowo dari Pasca pengiraan undi Pilihan Presiden 2014 petang tadi
( PILPRES ) merupakan suatu perkara yang Kontroversial adakah beliau akan dihukum ataupun beliau mengunakan hak beliau mempunyai yang dijamin oleh Perlembagaan Indonesia dan bagi rakyat  Indonesia Freedom of Expression itu perkara biasa.


Mahkamah Konstitusi Indonesia

Ini dikatakan antara Pilihanraya Presiden yang paling sengit dan ianya  dapat dibuktikan dengan jumlah pungutan undi untuk Prabowo sebanyak 46.9 peratus dan sekali lagi tahniah buat rakyat Republik Indonesia.
kerana mereka merupakan tulang belakang Pilihanraya President kerana sejak dibangku sekolah lagi murid-murid diajar mengenai People Power dan itu adalah Crucial dalam Perlembagaan Indonesia.

Indonesia dan Malaysia adalah jiran yang paling akrab


Tahniah rakyat Indonesia  dan moga Indonesia membangun dalam konteks Nusantara dan Asia Tengara secara Amnya, apa yang membuatkan aku rasa teruja adalah kearah Komuniti ASEAN itu sendiri, menantikan dasar Joko widodo terhadap Malaysia yang merupakan jiran paling akrab dan dalam konteks yang lebih Universal  mampukah Pemimpin  ASEAN membawa Asean setaraf EU yang membolehkan rakyat Eropah ke mana sahaja tanpa perlu melalui  IMIGRESEN. itu akan menjadi tanda tanya buat kita adakah ianya akan menjadi realiti ?!


gambar sekadar memenuhi ruangan 


Masa depan yang bagaimana Allah rancang buat aku?


Malam semalam, aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan masa depan yang bagaimanakah yang bakal aku lalui, itu tersangat menyentuh sanubari ku, aku masih ada berbaki beberapa langkah untuk menamatkan ijazah sarjana muda undang-undang dengan kepujian.

Fikiran aku kini, lebih cenderung kepada pendaftaran pada bulan September nanti adakah aku akan mempunyai Ringgit Malaysia yang mencukupi buat aku mendaftar? dan adakah aku akan mendapat kerja yang sesuai dengan aku ? beberapa bulan yang lepas cukup mengajar aku dengan realiti kehidupan bila bekerja di Town Council.

Bagi aku manusia yang benar-benar menyayangi,menghormati dan melindungi aku adalah ibu dan abah yang sentiasa ingin yang terbaik buat aku, bagi aku kini tidak kira sebagus mana interpersonale skill aku, jika tiada pengiktirafan maka masyarakat tidak akan menghormati mahupun bercakap dengan sopan aku.

Pengiktirafan itu adalah segenggam Ijazah, ya itu yang aku perlukan pengiktirafan disamping itu aku ingin mendirikan rumah tangga tahun hadapan diharap tempat kerja aku yang baharu boleh membantu aku mendapatkan kedua dua sekali. 

Baru tadi aku menerima wassap dari Acik yang bersama membantu aku di Town Council yang beliau bertanyakan mengenai aku. Aku rasa bertuah Allah temukan aku dengan mereka yang benar-benar ingin lihat aku berjaya.

Harap akan ada signal yang baik buat aku, aku ingin bekerja mempunyai pay slips, berkahwin dengan si dia dan menghabiskan beberapa langkah untuk segengam ijazah.


No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome