Sunday 20 July 2014

Poroshenko, Morsi dan Lelaki Gatal

Mendengar dan mengetahui apa yang berlaku pada MH 17 cukup mendapat liputan meluas dan sekali lagi Malaysia menjadi mangsa keadaan di antara pertembungan dua gajah besar, dan sebaiknya Malaysia mengambil pendekatan ' Tunggu dan lihat ' dan pendekatan Putrajaya ketika ini lebih tepat dengan menekan Kiev untuk melaporkan fakta yang tidak berat sebelah, lebih lebih lagi setelah Yanukoch digulingkan.

MH17




Presiden Putin Aeroplane
ini adalah Teori sesetengah pihak mengatakan bahawa MAS dan Kapal Terbang Putin
pelanduk dua serupa.



Bukan, apa Poroshenko merupakan Presiden Ukraine yang pertama Pro- United Stated of America dan belang beliau lebih terserlah apabila MH17  ditembak jatuh di sempadan Rusia-Ukraine dan terus menuding jari kepada Pemberontak Pro-Russia.

Presiden Ukraine Poroshenko kiri, mampukah Ukraine bertahan musim salji nanti


Dengan roket sehebat itu, yang mampu menembak terus Kapal Terbang Komersial yang berada 33 ribu kaki dari paras laut, ternayata kredibiliti roket ini sangat sangat menakutkan dan itu tentunya roket milik tentera.

Rakyat Malaysia sentiasa Bersamamu, anda tidak
keseorangan menghadapi cabaran ini.


Namun, aku lebih suka menegur cara media tempatan yang gemar melaporkan berita dari NNC, CCB dan ABC MAIDEN,yang ternyata lebih Pro-barat dan ini semestinya umpama memberikan hanya satu arah sudut dimensi yang agak berat sebelah dan bagi aku pengamal media tempatan melaporkan figura yang komprehensif itu sangat penting , aku ada mendengar dan melihat beberapa programme di Televisen dan di Radio hanya gemar mengunakan laporan dari berita Pro-Barat . Untuk mengimbangi Laporan media Pro-Barat pengamal media tempatan juga boleh put into account apa yang dilaporkan oleh Press-TV dan RT.


Lepas baca Laporan CNN boleh baca Laporan RT
agar kita kekalkan semangat NAM.



Ahmad Morsi, yang digulingkan Al-sisi juga memberi impak kepada taring Tel-Aviv  terhadap maruah Arab Palestin, maka benar lah kata-kata Tony Cliff mengenai Bangsa Arab. . . maksud saya ketidaksepakatan mereka dan bersifat 'Engkau-engkau' 'aku-aku' menjadi tunjang utama mengapa Israel yang kecil boleh menyepak Arab Palestin umpama bola Brazuca.


Mungkin entri berikut aku boleh letakan kisah Die Judenstaat
karya Theodore Herzl.


Terus terang aku mula merindui Ahmad Morsi dan Yanukoch yang tidak menjadi boneka bagi mana-mana pihak.


Liga Arab yang kaya dengan emas hitam



Lelaki yang cuba menggangu hubungan aku dan si-dia.

gambar sekadar hiasan


Terus terang semalam aku agak sedih apabila si dia mula bercerita dengan aku ada rakan sepejabat dia mula mengada-gada minta si-dia untuk kejut 'si lelaki gatal' bangun pergi kerja, dalam hati aku semalam umpama dirobek-robek.


Aku harap aku tak dikecewakan lagi, aku tahu akan Potensi lelaki begini yang tidak menghormati aku, bagi aku mana-mana lelaki yang baik pasti tidak akan menggangu wanita yang sudah ada teman istimewa.


pernah melakar memoir



Dipihak awak, saya harap awak tutuplah harapan si Lelaki gatal yang nak berselengeh dengan awak, bagi saya cukup setakat tempat kerja, selepas waktu kerja awak deactive dia dan active kan saya.

Macamlah si-dia tahu bahawa aku sangat sangat tidak suka dengan lelaki sebegini , dan membaca diari Virtual aku yang tidak ada wajah dan maklumat peribadi aku dari A sehingga Z seperti di  Facebook  

saya harap awak jadi isteri saya.

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome