Tuesday 15 July 2014

Angkat kaki lebih awal di Town Council ?

Adakah tepat aku buat keputusan dengan angkat kaki lebih awal dari Town Council ?! seorang jejaka yang memakai baju Korporat berwarna merah, memakai kaca mata ,berwajah manis, murah senyuman, bermisai nipis  dan jarang duduk bila melayani pelanggan untuk berurusan dengan Town Council.



On the other side of the Coins, Town Council juga sepatutnya merasa bangga kerana pelajar jurusan Undang-undang acuan University Of  London ini berada di Frontrow, banyak yang aku pelajari dari menguruskan Cukai Pintu, Lesen Papan Iklan sehingga mendapatkan Lesen Anjing aku sudah mastering.
Dari Bilik Pegawai Kompound sehingga ke Kaunter Bayaran aku jelajahi, dari Tan Sri sehingga ke Auntie Pasar pudu aku memberikan khidmat, Sedikit sebanyak aku mengenali nature of work dan birokrasi ciptaan manusia.

Mendepani Masyarakat secara umumnya, kedengaran mudah namun tidak semua orang mampu untuk melakukan ini dan menjadikan ini sebagai Nature of work, pemikiran ku kini lebih terarah kepada 360 darjah. Alhamdulilah aku lebih menyukai dengan mengatakan aku senang dengan pegawai dan kakitangan di Jabatan Kewangan. Cuma aku tidak gemari empat perkara iaitu gaji aku dikirakan gaji hari, yang kedua gaji aku lambat tidak seperti Public Official yang tulen dengan erti kata lain tiada Pay Slip, dan yang ketiga kerusi berbentuk sfera yang aku idamkan tidak dikurniakan secepat yang aku inginkan.



Aku juga pasti, ada juga mulut dan gaya bahasa yang perli akan aku bila aku tidak hadir kerja, namun mereka tidak mengetahui jika kerja aku dan dibandingkan dengan kedua ibu bapa  aku , aku lebih memilih mereka ( Ibu Abh ) baca entri sebelum ini untuk jawapan , kenapa? jawapan aku senang sahaja bagi hemat aku kerja harian hanya untuk mereka yang ingin bekerja dan bukannya ingin berkhidmat dalam erti bahasa mudah , 'you dont work you dont get you pay'.!  . Aku fikir gaji harian ini lebih banyak buruk berbanding baik di pihak majikan dan mungkin majikan akan terlepas pekerja yang berkaliber jika ianya berterusan.



Scheme yang sedia ada membuatkan aku rasa di anak tirikan , dan alhamdulilah aku mendapat tawaran yang lebih baik dan mungkin tidak di anak tirikandalam bab pemberian insentif untuk aku seperti rawatan clinic dan bab pemberian MC, mungkin ini nature pelajar jurusan undang-undang kerana aku pasti bab biasness sentiasa akan mendapat perhatian luar biasa oleh pelajar jurusan undang-undang seantero dunia. Biassness dalam kontek ini interpretasikan dengan bersangka baik, wahai pembaca yang budiman.


Pendek kata, aku ingin angkat kaki lebih awal, kerana beberapa sebab kaki aku sehingga sekarang masih terasa sakit akibat berdiri terlalu lama, yang kedua aku ingin meluangkan masa sebanyak masa dengan ibu dan abah sebanyak yang mungkin kerana selepas raya nanti aku pasti dengan kerja ditempat baru dan posisi kerja aku ,aku tidak boleh lakukan seperti sekarang terima kasih aku ucapkan dengan scheme PSY  membuatkan aku tidak rasa bersalah tidak hadir kerja dan ternyata sistem PSY ini lebih kepada win-win situation.

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome