Monday 14 July 2014

German Juara Dunia 2014

Hari ini dalam sejarah German bergelar juara dunia buat kali keempat dan satu lagi kemenangan edisi 2018 nanti maka German bisa menyaingi  rekod Brazil bergelar juara dunia lima kali. Secara peribadi aku ingin lihat Belanda dan German berada di gelanggang akhir di Stadium Maracanna, namun itulah bolasepak tidak kira anda hebat mahupun berjaya membelasah juara Tiki-taka di peringkat kumpulan namun itu bukan tiket untuk bergelar juara.



Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apakah anda tidak ingin membawa pasukan bolasepak Malaysia ke Peringkat dunia? ataupun mahu melihat Trofi kemenangan Piala AFF suzuki Cup yang dimenangi pada 2010 sebagai kenangan sepanjang zaman umpama menjadi juara piala dunia? tidak kah FAM merasa malu dengan diri sendiri apabila secara tidak sengaja meletakan 2014 sebagai sasaran apabila berkali-kali dimalukan di pentas ASIA dan DUNIA ?!




Ini bukanlah, Blog mengkritik mutu bolasepak, namun apa salahnya jika ianya diletakan sedikit ramuan lain dalam diari Virtual ku, sekadar perbincangan dan luahan rasa, sebagai rakyat Malaysia yang yakin bahawa Malaysia mempunyai bakat-bakat yang mampu diangkat ke peringkat lebih tinggi cuma mungkin sistem mahupun pendekatan FAM yang perlu di-reformasi kan secara Holistik.





Dollah Saleh, mempunyai aspirasi yang senada dengan penyokong-penyokong bolasepak tanah air apabila  meletakan visi utama untuk membaiki ranking dunia dan itu pastinya mendapat sokongan Ultras Malaya yang bermatian bersama Pasukan Kebangsaan, diharap Coach Dollah Salleh tidak meneruskan legasi Ekspirementasi pelajar lulusan Harvard.




Presiden Fam, yang baharu mempunyai kredibiliti dan rekod baik dengan memimpin Konfenderasi Hoki Malaysia melalui pasukan Hoki Kebangsaan terbukti dengan menjadi pasukan yang disegani dan itu telah menterjemahkan betapa berwawasan cara kerja dan visi Presiden Fam yang baharu ini... secara peribadinya aku yakin bahawa teraju utama FAM mempunyai visi dan lebih memahami denyut nadi penyokong bolasepak Malaysia.Untuk memperbaiki dan membaik pulih Liga Tempatan kerana jarang sekali melahirkan pemain luarbiasa setiap musim dan destinasi itu adalah Penswatsaan Liga Tempatan.



Kita, biarkan FAM merangka polisi baharu kita biarkan mereka yang diberikan amanah membuktikan sesuatu sehingga 2018 nanti dan sesuatu yang baik pasti menanti kita dengan kepintaran kepimpinan baharu, dan bagi aku kini penting untuk aku membuat sesuatu dan merangka masa hadapan kerana aku berniat ingin mendirikan rumahtangga tahun hadapan. Apa yang dinantikan selepas ini adalah World Cup 2018 di Rusia nanti.



Dua Minggu Sahaja Lagi di TOWN COUNCIL

Perasaan, aku ketika ini lebih kepada tidak sabar untuk menanti akan 24 haribulan yang akan datang, itu adalah hari terakhir aku di organisasi yang telah memberikan ruang untuk aku merasai pengalaman sebagai Officer.




Perlahan-lahan aku merasa akan ribut yang aku lalui sejak tahun lepas kian reda, inshallah aku akan melepasi ribut ini dan memipin adik-adik aku ke arah yang lebih baik, inshallah amin.

Tahun Hadapan, tahun yang penuh berwawasan dan visi kerana aku bersama si dia ingin mendirikan rumah tangga dan the general rule aku perlu bekerja dan mempunyai Pay Slip sebagai jaminan. Jadikan lah si dia pendamping buat aku Ya Allah.




Jauh disudut hati aku, aku akan menjadi seorang peguam yang mempunyai expertise dan special knowledge yang membuatkan ramai lay people mencari aku untuk mewakili mereka di Kamar Mahkamah kelak. SLOW AND STEADY WIN THE RACE.

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome