Tuesday 1 July 2014

1 julai, Ramadhan ketiga dan pengalaman pertama.


Hari ini merupakan Ramadhan ketiga, dan Ramadhan kali ini sangat berbeza kerana ini pengalaman pertama aku bekerja dan berpuasa dalam masa yang sama. . . . . penat? jangan cakaplah betapa penatnya aku, namun penat aku lebih kepada dahaga kerana bermodal kan air liur . . . :3, dan semestinya perlu menahan sabar dengan kerenah setiap public yang datang.

Apa yang berada dalam kotak fikiran aku sekarang adalah aku harus hadir sekurang-kurangnya 15 hari dan ke atas kerana aku ingin Topup pinjaman ASB dan berikan separuh lagi kepada ibu itu misi aku untuk bulan Ramadhan ini. Selain itu aku juga menanti kata-kata encik Along membantu aku untuk capai kejayaan seperti beliau dan Organisasi yang bakal aku sertai lepas raya nanti bukan calang-calang dan pastinya aku tidak boleh kerap tidak hadir seperti di Town Council ( gaji harian ) , itu yang membezakan kerjaya aku disini dan disana kelak.

Pengalaman aku bekerja di Town council tidak akan aku lupakan sepanjang perjalanan hidup aku, mereka merupakan individu yang telah berada didalam lipatan hidup aku dan struggling perjalanan menuju Kejayaan. Setakat ini  aku work smart dan hentikan work hard di Town Council, kerana secara peribadinya aku merasakan mereka yang work hard akan mati dan work smart akan goyang kaki dan berleluasa. :P .

Jauh disudut hati aku, aku merasakan tidak ada masalah jika aku kekal di Town Council, namun aku harus segera naik dan shine aku rasa aku akan naik di Town Council namun kadar nya tersangat perlahan dan aku juga tidak ingin membazir waktu lagi, kerana adik aku amat perlukan aku lebih lebih lagi bila Abah kelihatan jauh sekali dari kami adik-beradik, itu yang aku perlu lakukan sekarang ini dan saat ini kerana aku anak lelaki sulung dalam keluarga aku yang sudah tidak seperti dahulu lagi, aku harus bangkit buat adik adik aku terutamanya buat adik aku yang bakal menduduki Upsr Dan Spm hujung tahun ini.

Selepas raya nanti, akan bermula kisah kejayaan aku dan segalanya akan bermula apabila aku sertai organisasi itu nanti, aku harus berjaya dan tidak bazirkan masa, masa amat bernilai buat aku.

'Along hanya mampu berikan a@#% bola, jika a@#$ nak berjaya'.


No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome