Monday 16 June 2014

Hentikan Kegilaan Hidup, Hijrah Cintaku.

Alhamdulilah hampir sahaja tiga bulan aku bekerja di Town Council, pahit manis aku lalui dengan pasrah kini aku bekerja untuk menampung pengajian aku untuk bulan Januari 2015 pula, sebanyak 4 ribu aku perlukan agar impian menjadi realiti.

Pengalaman, yang cukup menguatkan aku agar tidak riak dan takbur bila aku berjaya nanti mengenali bahawa apabila kita menjadi pegawai or Big Boh di sebuah organisasi mengenali kerja orang bawahan dan sentiasa positif serta menerima cadangan orang bawahan bakal aku praktikkan.

Untuk Pegawai aku yang aku hormati, aku hanya inginkan kerusi Sfera di Ruang Menunggu Kaunter Bayaran kerana aku bersungguh ingin melakukan kerja aku dengan sempurna dan berkhidmat dengan penuh kasih sayang.

Perkara yang boleh dilakukan dalam masa 15 minit mengambil 3 sepurnama,
Persetankan kerenah birokrasi setiap jabatan, 
kerana aku hanya ingin berkhidmat dengan telus dan penuh kasih sayang untuk Jabatan kewangan. 

Belajar mengenali nilai matawang  Ringgit Malaysia tidak mudah, membuka dimensi pandangan aku untuk menjadi lebih matang dan bisa berdikari, aku tahu, ini bagus buat aku disini aku mampu melahirkan kematangan dan menjadi seorang lelaki mahupun ketua keluarga yang lebih baik dari abah

Berkhidmat di Jabatan Kewangan memperlihatkan aku seribu satu ragam manusia, manusia tidak suka mengakui kesilapan mahupun kelemahan diri mereka dan aku sudah kenali ini ada dalam setiap jiwa manusia kerana satu hari sahaja aku sudah bertemu dengan ratusan manusia dan kadang kala aku juga merasa takut dengan manusia.  

Aku sukakan kerjaya aku di sana, aku suka akan setiap kakitangan disana, aku sukakan sapaan mahupun seloroh dari kakitangan di tempat aku ditempatkan, cuma kaki aku tidak mampu bertahan kerana aku harus mentelaah selepas berkerja bagaimana lagi aku ingin mentelaah jika kaki aku mula sakit ?!

Walau apa pun aku ingin mengahwini seorang wanita yang telah menyentuh sanubari aku, kecantikan bukan keutamaan kecantikan itu sesuatu yang abstrak dan berbeza definis bagi setiap manusia , kebaikan dan cara si dia bawa diri cukup mencairkan aku. Muslim, aku muslim jalinan hidup begitu indah Ya Allah kau jadikan dia pendamping aku walaupun dihadapan aku ada seribu satu cabaran .

Aku ingin hentikan kegilaan hidup dan terus fokus dengan apa yang aku lakukan saat ini.

Tahukah anda Cukai Pintu akan menjadi perkara yang sangat pedas selepas ini, aku harus bersedia memikirkan hujah aku dan mematahkan hujah hujah bersifat emosional dan aku perlu bersifat Patriotisme semaksimun mungkin .

Duhai L41 nanti akan aku menjemput mu.


No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome