Wednesday 21 May 2014

Simpanan rasmi saya bulan ini sebanyak RM 45.27

Alhamdulilah, apa yang membuatkan aku gembira hari ini adalah kerana aku telah di Interview melalui skype untuk cuba mendapatkan Biasiswa Lord ehem-ehem dan semestinya gaji pertama aku sebanyak RM 1xxx telahpun aku  berikan kepada kedua ibu bapa aku dan adik adik aku yang aku sayangi, ianya tidaklah sebanyak mana  namun aku gembira  kerana ianya hasil titik peluh aku yang pertama sebagai kakitangan Organisasi yang ditubuhkan pada 1973.

Bila dikira balik hampir keseluruhan gaji pertama aku berikan kepada ahli keluarga aku yang tersayang, opppps! terlupa pula selepas hampir separuh dari gaji aku ditelan gara-gara bayar Loan ASB yang terakru, namun aku masih yakin dengan konsep 'Yang sedikit itu pasti lebih berkat' .

Dengan gaji yang sebanyak RM1xxx bagaimana aku ingin hidup di kawasan bandar untuk hidup seperti dalam DRama bersiri Samarinda ataupun Akasia yang watak utamanya sentiasa menaiki kereta Mercedes,BMW mahupun Audi dan tidak dilupakan juga pakaian berharga ratusan ringgit . . erkkk the best part is anak bumiputera  yang menjadi pewaris emtayar bisnes keluarga. . . .bagaimana aku ingin nikmati itu semua  dengan kos hidup yang kian  mencabar, namun entri ini bukanlah entri politik untuk mengutuk kerajaan dan berkempen untuk jentera Pilihan Raya  Kecil di beberapa kawasan di Tanah Melayu ini. Kerana diakhir cerita cara kita menyimpan duit dan displin berbelanja menjadi General Rule untuk setiap simpanan yang seksi dan mengoda.

Baru sebentar tadi aku memicit-micit kalkulator jika aku menyimpan sebanyak Rm 350 sebulan dan di kali kan dengan 12 bulan aku telah menyimpan sebanyak 4200 setahun dan aku campurkan dengan dividen Asb Loan aku yang aku letakkan dalam jumlah terendah iaitu sebanyak 1800 setahun maknanya aku menyimpan sebanyak RM 6000 sebulan , dalam masa sepuluh tahun aku menyimpan sebanyak  RM 60 000.
( agak-agaknya lepas tak Audi paling latest sebijik  . . . . ha ha ha ha )

Jadi apa yang aku patut buat sekarang selain berkerut dahi ? aku fikir mungkin bila aku sudah bergelar seorang Peguam aku akan gunakan kereta yang biasa-biasa, rumah yang selamat dan semestinya keperluan asas itu diutamakan dan pastinya Sang Pendamping intan payung aku  tidak kisah susah susah dahulu bersama aku.

ramai umat manusia malaya tidak mengenali apa itu income dan profit .

masih fikir cara untuk pastikan RM60 000 yang lahir lebih banyak sepuluh tahun nanti.
side investment mungkin?!

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome