Thursday 15 May 2014

Indah Nikmat sihat itu, Indah juga waktu lapang ini .

Terima Kasih Ya Allah Engkau menguji ku, alhamdulilah aku sudah menempuhi antara saat penting dalam hidup aku, aku harap peluang masih ada buat aku, untuk merealisasikan impian aku bergelar seorang Peguam, ternyata aku sungguh puas hati dengan 'answer script' yang aku berikan , harap segalanya baik sahaja untuk aku bulan September nanti.

Walaupun aku mula risau memikirkan bagaimana ingin mendapatkan Ringgit Malaysia untuk menampung pengajian aku bulan September nanti, aku tidak ingin lagi membebankan ibu dan abah. Aku mengerti perasaan ibu yang sudah banyak mengeluarkan Ringgit Malaysia untuk menampung perubatan abah di Hospital sudah mengjangkau ribuan ringgit, dengan ibu yang tidak bekerja untuk menjaga abah. Aku fikir aku harus memikirkan sesuatu dan buat masa ini aku masih dapat sebarang akal untuk itu. :D

Apa-apa pun aku harus bersyukur kerana aku, mempunyai pekerjaan di salah sebuah Organisasi yang agak disegani namun ada juga yang suka melemparkan kata-kata kurang baik untuk Organisasi itu. Buat masa ini aku senang hati Pinjaman ASB aku tiada bertunggakan, emmmm  bila difikirkan dengan umur aku yang semakin lanjut ini Pinjaman-ASB lah satu-satunya tempat simpanan Ringgit Malaysia untuk hari tua aku.

Moga yang teristimewa tunggu aku bergelar Peguam, kerana aku fikir sebagai seorang lelaki , penting untuk mempunyai kewangan yang kukuh untuk melindungi Sang Pendamping, namun yang paling baik aku harus pasrahkan keluh kesah perasaan aku.

Inshallah, aku akan melindungi kerjaya aku, kerana semua orang bermula dari bawah bukan?! aku akan lakukan yang terbaik buat Organisasi yang ditubuhkan sejak 1973 katanya :p


esok jumaat, tidak sabar rasanya untuk berjumpa abang abang senior yang banyak memberikan tunjuk ajar , dan paling best esok akan ke Bazar Lelaki memburu makanan dan minuman jagung .

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome