Wednesday 7 May 2014

Kaki ini sudah kenal dengan dunia

Peperiksaan Undang-Undang semakin hampir 'Tick-Tock , Tick-Tock' malam semalam aku tak bisa tido bukan kerana takut dengan exam yang semakin hampir tapi kerana kaki aku yang berdenyut-denyut sakit bukan kepalang, tapi sebenarnya rasa sakit ini from the 'day one' lagi al-maklumlah orang front row katakan .

Namun ada hikmah yang aku pelajari dari kaki yang sudah mengenali wajah dunia, apabila kaki sudah mengenali dunia maka baru nikmat akal yang Allah berikan aku gunakan semaksimun mungkin.





Penting untuk aku,memahami bahawa tanggungjawab aku bergelar seorang peguam yang berjaya dengan 2 langkah kecil nanti bermula dengan apa yang aku lakukan hari ini. . . . . opsss! dan pengalaman yang aku rasai setiap detik sebelum bergelar seorang peguam.



Aku fikir aku beruntung kerana aku lalui kehidupan aku sebagai seorang pelajar jurusan undang-undang dalam dimensi yang sangat berbeda. seorang pelajar jurusan undang-undang yang independent tidak terikat dengan kuliah mahupun program anjuran IPTA dan tahun depan aku akan terlepas dari cengkaman IPTS kerana aku sudah mengetahui selok belok untuk mendapatkan LLB (Hons) yang sempurna dengan cara yang sangat economic dan flexible.

Bercerita mengenai kaki aku yang aku fikir baru mengenali dunia, hari ini aku terpaksa mendapatkan Mc dari klinik berhampiran dengan rumah aku, dan kaki yang sakit ini mengajar aku erti bahawa sebenarnya kehidupan ini bukan sahaja mengenai kisah indah dan kisah indah yang sering dipaparkan oleh sinetron tanah melayu yang rata-rata mengenai anak orang VIP dan kereta Super Power dengan isteri yang 'hot smokin bbq'. Yang pastinya wanita sebegitu bukan pilihan hati ini.


Bekerja untuk organisasi yang ditubuhkan pada 1973 menjanjikan seribu satu pengembaraan dan pengalaman yang sangat-sangat istimewa kerana aku bertemu dengan pelbagai lapisan umur,latar belakang pendidikan dan strata sosial.

Agak-agaknya kontrak aku dengan organisasi yang ditubuhkan pada 1973 akan disambung mahupun tidak?!
moga Allah berikan yang terbaik buat aku .

YOU TAKE IT OR LEAVE IT




Tengahari tadi aku pergi ke Klinik untuk mendapatkan rawatan untuk kaki yang sakit ini dan semestinya Medical Certificate untuk hari ini kerana aku tak ingin Officer ditempat aku meletakkan Persepsi yang negatif mengenai cara aku bekerja.

Bercerita mengenai kisah aku di Klinik aku fikir lebih baik untuk aku pergi ke Klinik yang biasa aku pergi bawa adik mahupun abah suatu ketika dahulu berhampiran kedai Western yang terkenal dikawasan kejiranan aku.

Namun didalam poket ini hanya ada Ringgit Malaysia 40 , bukan kerana aku tiada duit namun duit yang selebihnya didalam bank harus aku gunakan tanpa ketirisan kerana secara peribadi aku fikir pengurusan keewangan yang baik mampu memastikan masa depan dalam keadaan yang terkawal dan lebih terjamin.

Aku pun memasuki bilik doktor tersebut,dan menceritakan bahawa aku tidak merasa selesa dengan kaki aku kerana tugasan hakiki aku yang menuntut aku untuk ke bahagian lain setiap kali membantu pelanggan yang hadir untuk berurusan dengan Organisasi yang ditubuhkan semenjak 1973 itu.

Doktor berbangsa india tersebut memberikan Perskripsi ubat yang aku perlukan iaitu Norgesic ( muscle relax) dan Ponstan ( Ubat tahan sakit) dan semestinya Mc untuk hari ini , namun aku fikirkan bahawa aku tidak perlukan Ponstan kerana ubat tahan sakit bertimbun-timbun dirumah, jadi aku beritahu kepada doktor tersebut bahawa aku hanya inginkan Norgesic sahaja kerana ada Ubat tahan sakit ada dirumah.

Tak semena-mena doktor tersebut counter dengan nada yang kurang enak untuk aku dengari '.... Do you think this is groceries?! my clinic is not groceries...'  aku faham maksud doktor tersebut kerana fikir aku hanya inginkan Mc. . . lalu aku menjawab dengan baik '...doctor, don't get me wrong actually i just av RM40 in my pocket,so honestly i think i dont need the pain killer ,because i already av Pain Killer... im afraid i dont av the sufficient amount for you consultation + medical prescription...'

Doctor,tersebut dengan angkuh berkata '...You supposed tell me earlier if not i would not give you my consultation. . . . My consultation is RM20 that the agreement between Doc and the Health Minister and all practice doc. all over Malaysia so include with my medication you must take all or  leave it.this is normal rates or you can go to other clinic . .'

#Hati aku tersangat Rapuh dengan cara doctor tersebut, apa yang pasti itu adalah kali terakhir aku ke klinik     beliau,aku tidak terkesan dengan jumlah bayaran jika mahal sekalipun pasti aku akan ke ATM machine         yang berhampiran namun yang pasti aku tidak akan lupakan wajah doctor dan nama doctor tersebut. 

Aku teringat beberapa bulan sebelum abah memasuki hopital, kami pergi ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan, rakan kongsi doktor tersebut yang agak berumur mengetahui abah adalah 'Law Lord' diSelatan tanah air sampai ke pintu depan doktor tersebut menghantar kami.


No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome