Monday 5 May 2014

Hati ini berada di Persimpangan . . .

Aku, menerima tawaran untuk bekerja di firma guaman kenalan abah, walaupun bukan sebagai peguam yang sempurna aku rasa itu sahaja sudah cukup untuk aku mengenali tugasan-tugasan yang bersepah sepah di firma guaman dari mengenali apa itu afidavit sehinggalah mempelajari case submission.



Sebenarnya,aku sudah biasa dengan semua ini apabila sahaja aku menemani abah ke selatan tanah air, aku banyak mempelajari 'unlocked skills' budak-budak chambering bahkan ketika prosecuting officer mengadap Yang Arif juga telah aku pelajari dan simpan dalam poket ini.



Namun, pagi isnin ini sahaja sudah buatkan hati aku gundah gulana,aku tahu apabila bekerja di sektor swasta nilai motivasi adalah Ringgit Malaysia bukan?! berbanding kerja dalam sektor awam mungkin gaji tidaklah banyak mana,namun ini bukanlah token untuk aku katakan  sektor awam langsung tidak bagus kerana tawaran RM yang banyak itu pasti ada harga yang lebih tinggi yang harus dikorbankan.

Pagi, ini seperti biasa aku bersarapan dengan kenalan aku, kerana aku fikir penting untuk aku mendapatkan sarapan yang baik kerana aku pasti pelanggan yang datang akan membawa seribu hujah untuk switch the burden untuk menyalahkan organisasi mahupun memarahi  dan juga mengherdik, sudah semestinya kalori yang ada aku gunakan untuk berdebat secara hemah.

Dari jam 7.30 pagi sehinggalah  4.30 petang kotak minda ini bermain dengan naluri,sehinggakan aku rasa patah semangat untuk berada di front row namun seluruh rasa syukur aku panjatkan kepada  Allah aku berjaya memikul tanggungjawab aku dengan baik hari ini .


Aku, tahu aku perlu dapatkan rujukan yang tepat dari seseorang yang lebih mengenali wajah kehidupan pastinya ibu adalah individu yang paling tepat untuk dilema ini, si dia yang teristimewa juga minta aku untuk mendapatkan rujukan dari orang tua ku.

Aku tidak ingin lagi memilih keputusan yang akan membuatkan aku menyesal dikemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome