Thursday 1 May 2014

1 May dan One Big Happy Family

Hari ini, merupakan hari pekerja  namun entri kali ini adalah mengenai department yang telah diletakkan oleh pihak Superior, pejam celik pejam celik aku telah berada disana lebih kurang satu bulan. Apa yang menarik mengenai diari virtual ku kali ini, aku ingin bercerita mengenai kakitangan yang more seniority dari aku yang telah makan garam lebih dari aku dan telah mengenali watak-watak manusia yang aku sendiri tidak pernah bayangkan selama aku berada di Planet Earth.

Bila bercerita mengenai tempat yang telah ditugaskan pihak atasan untuk aku, dari bos nombor satu sehingga lah abang cleaner berbaju hijau telah mengajar aku satu erti nilai ikatan kekeluargaan yang aku tidak pernah bayangkan dan aku fikir tidak semua Organisasi mempunyai kelebihan ini, sejak hari pertama aku bertugas aku boleh nampak ikatan kemesraan oleh akak-akak yang mengajar aku untuk mengenali segmen tugasan dan tidak kisah jika aku bertanya jutaan kali sekalipun walaupun soalan yang sama diajukan berulang kali.

Apabila,kita baru bekerja sudah semestinya kita perlu meguruskan aset cair dengan efisien, lagi-lagi apabila Pengangkutan Awam merupakan pengangkutan rasmi aku dari isnin sehinggalah jumaat...natijahnya,aku terpaksa bawa bekal makanan untuk bersarapan dan makan tengahari jadi sudah semestinya muka aku juga menjadi muka rasmi yang duduk di pantry dengan bekalan yang disiapkan sebelum azan subuh lagi.

tunggu gaji,barulah boleh merdeka sedikit :)

Teringat bila saat kali pertama, aku diajak bersarapan bersama dengan abang Manchester United aku fikir ajakan beliau untuk bersarapan hanyalah untuk bersarapan bersama namun, ajakan itu menjadi 'jom sarapan budak baru abang senior belanja makan,kerana memang budaya kami begitu' pada mulanya aku fikir mungkin abg Manutd sahaja begitu.

Namun,Skripnya serupa bila aku diundang untuk bersarapan bersama dengan 'kawan Liverpool' beliau juga sering mengajak aku untuk bersarapan dan kadang kala aku terasa ingin menutup muka ini bila sahaja, berterusan dia terus 'payung' breakfast ku.

Ceritera mengenai ikatan kekeluargaan yang mesra ini tidak berhenti disini, saat kali pertama aku bersama-sama abang senior  pergi ke 'Bazar Lelaki' untuk menunaikan solat jumaat tidak mungkin aku bisa lupakan, Mee Sup bawa pokok dan diiringi oleh dedaun yang turun menjadi venue kami mengisi perut sebelum menunaikan solat jumaat di sebuah Masjid yang disegani.

Pernah sekali, seketika aku mengira-gira duit syiling di Pantry , tiba-tiba seorang 'ibu' meletakkan wang kertas berwarna merah dihadapan aku , ibu tersebut senyum ke arah aku dan katanya duit itu diberikan untuk aku kerana beliau ingin bersara tidak lama lagi, ketika itu aku agak terkesima dengan cara ibu tersebut dan yang menariknya aku masih menyimpan wang kertas berwarna merah yang ibu tersebut berikan kepada aku sehingga kini kerana aku terasa sayang untuk gunakan bukan kerana nilainya tapi kerana nilai kasih sayang dan keprihatinan ibu tersebut.

Bercerita mengenai,abang dan kakak yang bertugas disudut yang lain juga membuka mata aku,pernah sekali aku tidak datang kerja oleh kerana ingin menguruskan abah yang tidak berapa sihat kakak tersebut sering mengingatkan aku agar menjaga kedatangan kerana itu merupakan fundamental element yang pihak pengurusan akan 'put into account' .

yang aku rasa,sangat terkesan tidak kira apa yang abang dan kakak makan di Office dikongsikan bersama dengan aku, walaupun aku fikir walau apa pun yang mereka makan aku tidak ketahui kerana nature of work aku yang boleh katakan busy kerana aku ingin sentiasa ingin menaik taraf cara aku berkomunikasi dan cuba untuk menyakinkan setiap orang yang datang dengan fact and and figure 'Advocating is a skills'  bukan ? jadi ini adalah stepping stone untuk aku mengenali manusia yang 'come with different shape and size' .

Bercerita mengenai abang Manchester City yang berbaju biru pula ...aku fikir jika tanpa beliau tidak akan hadir suara yang akan ketawa melihat keletah abang MC, aku juga suka melihat lawak dan kerenah abang MC , dan secara peribadi aku fikir seronok menjadi abang MC yang kelihatan tidak ada masalah dan happy go lucky sentiasa.

Mentor dan Guru yang sentiasa berkongsi pengalaman dan ilmu adalah individu yang memakai uniform berwarna hijau,walaupun beliau tidak kelihatan penting oleh organisasi namun aku fikir officer-officer ditingkat atas boleh menerima cadangan yang beliau lontarkan ,secara peribadi aku fikir setinggi mana pendidikan mahupun kelayakan tidak akan mampu overuled pengalaman... setuju bukan? , namun mungkin aku silap kerana Mentor dan guru ditempatkan yang selesa dan mudah untuk melakukan perkara-perkara yang patut kerana sudah menginjak usia emas.

Namun yang paling aku sayang diantara semua adalah ibu yang bertugas di Kaunter Pertanyaan,mungkin kerana aku banyak luangkan masa bersama ibu di Kaunter Pertanyaan,keprihatinan dan kasih sayang ibu tersebut persis kasih sayang aku terhadap ibu yang telah melahirkan aku sehingga aku dewasa,cara ibu memandang aku dan tutur caranya cukup meruntun jiwa. . .hebat bukan individiuyang bergelar ibu?!

Mungkin untuk bercerita mengenai setiap yang ada aku tidak mungkin menang tangan,segala pengalaman yang aku lalui pasti akan menjadikan aku individu yang baik dimasa depan, ini adalah saat untuk aku menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman moga aku berjaya .

Dan aku akan terus mengingatkan diri aku bahawa penantian sebenar aku adalah bergelar seorang peguam dan kuncinya adalah Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang University of London hanya beberapa langkah kecil sahaja.

aku rasa aku sudah faham dengan 'closed organisation system' kerana ikatan kekeluargaan yang ada dan aku juga sudah mula jatuh cinta dengan nilai kekeluargaan yang mereka tunjukan.

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome