Mereka-mereka yang jenis beginikah yang ingin diletakkan dibarisan depan ?! namun pagi ini aku seperti hilang semangat hendak menghadiri temuduga di Organisasi yang lain kerana hati yang polos ini sedang merajuk kerana aku berikan harapan setinggi 'Gunung Merapi' terhadap pekerjaan yang terlepas didalam gengaman .
Selepas menunggu kedua dua adik aku yang bakal menduduki UPSR dan SPM tahun ini pergi ke sekolah, aku membelek belek resume dan aku masih mempertimbangkan samada wajar atau tidak buat aku hadir ke temuduga tersebut .
Ibu,pula sedang bersiap-siap untuk pergi melawat suami tercinta yang perlu ditahan di Wad untuk pemeriksaan lanjut. aku terdengar suara ibu memanggil aku bertanyakan pada aku samada aku pergi atau tidak ke temuduga tersebut ? aku hanya mendiamkan diri kerana aku sendiri pun tidak mengetahui samada aku masih punya kekuatan untuk cuba menjadi sebahagian dari Organisasi tersebut , kerana aku sudah serik keputusan yang baik mahupun ilmu pengetahuan mengenai Organisasi tersebut aku sudah kaji 100% faham dari hujung rambut hingga ke kuku kaki dan memahami secara holistik namun secara peribadinya, aku merasakan itu tidak cukup kerana apa yang perlu aku hanyalah 'auntie' ataupun 'uncle' didalam organisasi itu sebagai jaminan aku dapat mengisi kekosongan jawatan tersebut .
Ibu turun ke bawah dan bertanyakan sekali lagi samada aku akan pergi menghadiri temuduga tersebut atau sebaliknya ? aku menjawap pertanyaan ibu dengan jawapan yang sinis 'ibu walau bagus macam mana sekalipun keputusan ataupun ilmu pengetahuan kita mengenai tugasan yang bakal dipikul , jika tiada uncle ataupun auntie pasti tidak dapat mengisi sebarang kekosongan jawatan walaupun sebagai 'Cleaner' '. jawapan yang keluar dari mulut aku cukup membuatkan ibu faham betapa lulur semangat aku.
ibu menjawab dengan sinis terhadap jawapan aku sebentar tadi , ' jangan cakap macam itu , dulu ketika ibu bekerja dan berkhidmat untuk Organisasi tersebut ibu juga tidak tahu langsung mengenai Organisasi yang ditubuhkan sejak 1973 lagi , kerana Bapak ibu ( atuk @ Pak we) merupakan Public Figure dalam Organisasi tersebut jadi dengan mudah ibu dapat bekerja dan berkhidmat buat organisasi tersebut'.
Hati yang lulur ini kini sedang bercampur baur dan mungkin ini adalah karma , yang aku boleh katakan sebagai karma yang cukup sempurna.
Pengalaman ini , cukup mengajar aku mengenai realiti kehidupan , namun penantian yang sebenar adalah mengengam segulung ijazah Undang-Undang dan bergelar seorang Peguam yang terkemuka dan
mempunyai reputasi yang cemerlang.
Dato CT Nurhaliza dulu jual goreng pisang sahaja , in shaa allah yakinlah pada 'Janji Allah' . itu yang perlu aku terapkan sekarang .
No comments:
Post a Comment