Wednesday, 5 March 2014

Katil 6 , HUKM dan Wad Kecemasan

Semalam merupakan kali ketiga Abah masuk ke wad kecemasan di HUKM , aku seakan akan sudah biasa dengan situasi tersebut , mendepani keadaan abah yang sebegitu yang tidak seperti dahulu lagi yang dahulunya selalu menjadi motivator, pemimpin , inspirasi dan individu yang sentiasa memberikan aku dokongan dan sokongan untuk mendapatkan segulung Ijazah Undang-Undang .

Bila mengingati kejadian abah terkena 'Seizure' buat kali yang ketiga , aku teringat reaksi  adik perempuan ku yang aku boleh katakan sudah mula matang dan memahami tanggungjawabnya sebagai seorang kakak, adik dan pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini , dia mendengar segala arahan aku untuk memastikan semua dalam keadaan terkawal , walaupun Ibu seorang jururawat mungkin ilmu yang dipelajari nya hilang begitu sahaja bila melihat keadaan suami yang tidak seperti dahulu malahan ketika abah terkena 'Seizure' aku yang memastikan abah dipalingkan tubuh badannya ke kiri mahupun kanan agar abah mampu bernafas dan paling tidak sehingga semuanya 'Under Control' dan yang terutamatnya memastikan emosi Ibu terkawal agar kedua dua adik ku yang bakal menduduki SPM dan UPSR tidak terganggu melihat ibu yang meraung-raung memanggil abah agar abah sedar.

Keadaan pada malam itu , lebih terkawal dan lebih tenang kerana aku berjaya mengawal keadaan dan mungkin juga aku sudah mula biasa dengan pengalaman sebegitu yang aku boleh katakan sudah tiga kali aku melihat abah yang membesarkan aku dan mendidik aku yang kini terbaring lemah , terkulai dan sering keliru dengan apa yang berlaku.



Ibu menaiki ambulance menemani abah yang hanya berkain pelikat dan berbaju t-shirt berwarna kuning manakala, aku pula bersama adik aku yang baru sahaja tamatkan STPM tahun lepas memastikan keadaan rumah selamat agar kami tidak risau tinggalkan adik yang berumur 17 dan 12 tahun sendirian di rumah.

Setibanya, kami di wad kecemasan, aku dan adik seperti sudah biasa dengan keadaan disitu kami masing-masing mencari ruang yang sesuai sekurang-kurangnya melepaskan rasa lega bahawa abah sudah sampai ke hospital dan saat-saat kritikal sudah berakhir. Disaat itu , aku mencuri lihat  riak wajah adik ku yang seperti sudah hampa dan aku juga memahami perasaan itu kemungkinan Karier Hebat yang abah bina selama 25 tahun runtuh begitu sahaja , kerana keadaan kesihatan yang mungkin tidak mengizinkan abah turun naik ke pejabat. Manakala ibu pula yang baru sahaja pulang dari Saudi mungkin akan menguburkan impian untuk berkerja disana untuk menjaga sang suami .

Baru sahaja minggu lepas , abah berada di katil 6 dan doktor discharge abah kerana tekanan darah dan jantung dalam keadaan baik , setelah lebih kurang; 4 hari berada di hukm.

Sementara , menanti abah aku bersama-sama nota dan buku kecil teman ku yang aku boleh kategori kan sebagai buku text mini edisi mudah faham , memikirkan bahawa pengajian ku yang masih panjang gara-gara tidak dapat bantuan dari Mara sedikit menjejaskan rentak aku untuk menduduki peperiksaan tahun kedua  yang aku boleh katakan jika aku dapat pinjaman Mara tahun lepas pasti bulan 6 tahun ini aku dapat mengengam segulung ijazah di sebuah Universiti terkemuka di United Kingdom dan mengantikan tempat abah sekurangnya menyara dua adik ku yang belum cukup mengenal wajah sebenar kehidupan membesar tanpa perlu menghadapi apa apa tekanan.

namun , jauh disudut hati kedengaran suara kecil yang membisik lembut bahawa ini adalah sebahagian dari kehidupan yang aku fikir semua umat manusia akan menangis, dibebani rasa kecewa dan rasa tertindas oleh kehidupan dan apa yang penting kita perlu terus berusaha  dan bermotivasi .

Yang pasti selepas kejadian bulan November lalu , telah mematangkan aku dan menyedarkan aku bahawa aku perlu bangun dan bangkit untuk memastikan adik-adik terus berfikiran positif kerana itu pendekatan yang paling crucial sebagai anak sulung yang aku fikir sedikit lagi aku bakal memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mengantikan tempat abah disamping dapatkan segulung ijazah dan menjadi seorang Peguam yang merupakan harapan ibu dan abah yang selalu meletakkan harapan yang tinggi pada aku agar dapat membela dan melindugi ibu dan adik adik secara umumnya.




"Palace of Justice merupakan satu Monumen yang sangat-sangat mengujakan , reka bentuk dalaman POJ membuktikan bahawa sistem kehakiman kita bebas dan nampak Superior yang menjadi Lambang Doktrine Pengasingan Kuasa di Malaysia"

aku harap selepas ini aku masuk POJ dan present case sebagai seorang Peguam yang terkemuka satu hari nanti .

Dan bukan sekadar menghantar surat MC di tingkat tiga .




No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome