Saturday, 5 April 2014

Penting untuk buat keputusan yang tepat.

Alhamdulilah hari yang ke-4 dalam minggu ini aku menjadi part of the organisation yang ditubuhkan pada 1973 , seperti biasa setiap pagi terasa seperti Monday Blues namun setiap kali aku ingin mengagalkan diri aku dari menjadi orang yang takut dengan perubahan aku membayangkan kedua wajah kedua orang tua ku yang berikan harapan yang tinggi buat aku untuk menjadi manusia yang mempunyai pekerjaan yang baik.

Minggu ini aku boleh kategorikan sebagai minggu mengajar tubuh badan aku mengenal erti dunia yang tidak pernah didendangkan didalam mana mana drama samarinda melayu yang kebanyakan perihal anak dato mahupun anak melayu yang menaiki kereta super car.

Petang hari yang keempat, Allah menurunkan rahmat hujan yang aku fikir selembut-lembut air , mampu memberikan tenaga yang postif buat aku, sejurus tamat kerja jam 5 petang pada hari tersebut aku segera pergi ke tingkat 3 yang aku fikir tingkat 3 merupakan tempat yang paling aman dan tenang buat aku.

sejurus selepas solat seperti biasa aku pulang ke rumah dengan menaiki pengangkutan awam dek kerana hujan yang terlalu lebat laluan untuk aku pulang ditutup kata encik yang berbaju biru tua.

Aku tanpa teragak-agak membuat keputusan untuk menaiki bas ke Jalan Silang dan Pasar Seni Menjadi destinasi aku., setibanya aku di Station Pasar Seni kenangan Perkenalan aku dengan si <3 bermain main di minda aku , moga si dia menjadi pendamping hidup ku amin .



dengan hujan yang masih turun aku berjalan di crossroad dengan penuh berhati hati kerana Jalan Silang sangat terkenal dengan potensi wilayah warga asing yang terlalu ramai. Setibanya aku di Jalan Silang aku terkesima seketika kerana apa yang aku bayangkan tidak sama kerana Station Bus di Jalan Silang telah berpindah ke lokasi yang berbeza.

aku perlu buat keputusan yang tepat,hujan yang masih belum berhenti membuatkan jantung aku berdengup kencang lalu aku membuat keputusan untuk berjalan ke Station Plaza Rakyat dan memilih untuk ke Line Seri Petaling dengan kaki aku yang mula terasa numb , namun station Plaza Rakyat memberikan pandangan yang berbeza Plaza Rakyat dipenuhi oleh lautan manusia . .LRT pula menjadi seperti tin sardin cap ayam , aku beratur kira-kira 40 minit masih belum dapat menjanjikan aku untuk menaiki train ala cap sardin mungkin kerana hujan yang lebat, mungkin?!

disebalik keresahan orang ramai dan diriku terselit senyuman manis abang ini kerana berjaya menaiki LRT yang boleh disama ertikan seperti Tin Cap Sardin .


entah mengapa aku terasa ingin menangis,aku teringat akan perjalanan aku semasa menjadi pelajar jurusan undang-udang full time, jika tiga tahun dahulu aku amanah dengan tanggungjawab aku sudah pasti tahun ini aku sudah mengengam ijazah sarjana muda undang-undang. dan jika SPP1M benar-benar dilaksanakan bulan enam tahun ini aku sudah tamatkan pengajian tahun akhir di Universiti yang terletak di UK.Kekecewaan aku dengan Mara bukan kepalang  kerana aku lah merupakan wajah wajah yang selalu turun naik MARA untuk dapatkan Pinjaman Mara , namun permohonan aku untuk mendapatkan Pinjaman ditolak mentah-mentah kerana mereka tidak berikan Pinjaman pada pelajar tahun akhir ke luar. Namun ini semua berlaku kerana aku buat keputusan yang tidak tepat sama seperti hari keempat.

Namun lamunan aku terhenti, bila aku fikir aku mahu living today dan berhenti merungut serta hargai setiap saat yang aku lalui dengan penuh rasa rendah diri dan syukur kerana kini aku masih menuju perjalanan menjadi seorang peguam dan aku tidak bazir masa kerana aku kini berkhidmat untuk organisasi yang ditubuhakan pada 1973 lagi.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome