Wednesday, 26 March 2014

Bukan merajuk tapi aku sungguh cinta !

Dua puluh Empat haribulan tiga dua ribu empat belas jam empat tiga puluh petang, aku menerima panggilan dari organisasi yang ditubuhkan pada 1973 bahawa aku berjaya diserapkan  segala rasa syukur itu aku panjatkan kepada yang Esa.

Terasa seperti mimpi bahawa aku adalah anggota yang ke 10,718, teringat peristiwa aku tidak berjaya menjadi part of the organisation, keesokan harinya aku terus mengambil surat tawaran dan baca segala akur janji dan akuan sumpah 'menyimpan rahsia'. Dan pagi itu juga aku menyelesaikan segala perkara-perkara yang perlu termasuklah mengambil gambar berukuran passport walaupun dompet aku semakin kering  dan bermandi peluh namun itu semua tak menjadi halangan buat aku memastikan aku menjadi anggota yang ke 10,718.

Tepat jam 5 petang tadi , tamat sudah kursus yang dianjurkan oleh organisasi yang ditubuhkan pada 1973 itu,esok akan bermula satu lagi fasa yang mematangkan buat aku, apa yang membuatkan aku bersemangat adalah untuk menimba pengalaman dan mengumpul sebanyak ilmu walaupun secara tidak formal. Wang Ringgit bukanlah motivasi utama ,kerana tujuan aku untuk menjadi part of the organisation adalah untuk menyertai Legal Division organisasi tersebut dan itu adalah destinasi aku yang seterusnya setelah aku berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang inshaallah.



Aku percaya, Organisasi tersebut adalah langkah pertama sebagai batu loncatan buat aku, untuk lebih berjaya,berkat doa ibu dan abah yang menjadi antara tunjang kekuataan aku walaupun kini aku akan melakukan dua perkara dalam masa yang sama iaitu berkerja sambil belajar , 'generally speaking this is good for me, this is when the growth happen'. Walaupun gaji tidaklah banyak mana,namun secara peribadi yang sedikit itu pasti lebih berkat.
                   

  Sebut NamaNya, dekat dengaNya, pinta padaNya  segala perkara hidup dan cintamu indah pada waktunya , takbirkan cinta atas restuNya serahkan segala urusan hidup dan cinta hanya pada Allah .

No comments:

Post a Comment

Design By LUQMAN YUSSOF | For JERING SMILE 2013 - 2014 ©| Best View: Google Chrome