Alhamdulilah, sudah melebihi satu bulan aku menjadi part of dan berkhidmat untuk sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1973, bermacam-macam ragam yang aku diperlihatkan ada yang terlalu baik sehingga pijak semut pun tidak mati namun ada juga yang biadap dan tidak reti mengunakan 'budi bahasa'.
Apa yang aku boleh simpulkan kerjaya baru aku ini merupakan sebuah kerja yang persis seorang wakil rakyat yang perlu menyakinkan penyokong percaya dengan 'fact dan figure' yang diberikan.
Petang,semalam mencatatkan pengalaman yang aku fikir aku sendiri tidak bisa bayangkan.... alhamdulilah,semalam aku rasa aku berjaya memikul amanah yang diberikan oleh organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1973 itu untuk duduk di Front-row, Bercerita mengenai pengalaman petang semalam dengan hujan yang sangat-sangat lebat sehinggakan kelihatan Sungai Mrt dengan air yang sangat deras sangat menakutkan aku sehingga aku fikir lebih elok jika aku menaiki bas agar kasut aku tidak basah kerana aku hanya ada sepasang kasut dan aku fikir masih ada hari-hari yang aku perlu harungi bersama kasut 'Allan Dellon'
Aku membuat keputusan untuk menaiki bas agar dapat melindungi kasut 'Allan Dellon' dan yang menariknya saat dan ketika aku menaiki bas U46 sedikit mengimbau nostalgia dan membuka mata aku bahawa begitu pesat pembangunan ibu kota kebanggaan Malaysia namun terselit sedikit penyesalan aku masih terasa seperti mimpi melihat tahun-tahun kebelakang seperti tidak ada perubahan mahupun kejayaan yang membanggakan tiga tahun seperti tidak ada apa apa kejayaan yang mampu membuatkan orang tua ku tersenyum.
Air mata mula mengalir membasahi pipi, terasa sebak bila memikirkan kesilapan yang aku lakukan dan kesanya aku masih belum bergelar seorang peguam yang menggengam segulung ijazah sarjana muda undang-undang. Dengan keadaan kesihatan abah yang tidak mengizinkan untuk menjadi 'Law Lords' dengan ibu yang terpaksa meninggalkan kerjaya hebat bekerja di Kingdom of Saudi untuk menjaga sang suami yang tidak lagi seperti dahulu.
Aku fikir,jika aku benar2 amanah dengan tanggungjawab aku pada tahun 2010 sudah pasti sekarang aku sudah dalam fasa 'Chambering' namun aku fikir bila terlalu fikir jauh kebelakangn aku akan menjadi seorang hamba yang tidak mensyukuri nikmat dan hargai saat ini dengan baik . . . . . . . . . . . . . . . . .
Aku berharap dapat mengharungi dugaan ini dan mengenali rasa nikmat dalam musibah.
No comments:
Post a Comment